Menu Malam Selasa

  • Gulai Ayam Masak Padang
  • Ikan Goreng
  • Tumis Bayam
  • Sambal Belacan

IMG_00000239

Sibuk betul hari ini. Rasanya macam tak berapa sempat nak duduk dari pagi tadi. Check facebookpun sambil mundar-mandir sana-sini buat kerja itu-ini. Akhirnya buntu kepala, tak tahu nak masak apa. Godek-godek freezer, keluarkan ayam dan ikan. Dari kecil lagi, di rumah saya kalau masak kena ada satu lauk berkuah, satu lauk bergoreng, satu lauk sayur, sambal dan ikan kering. Walaupun sekarang ini, saya tak berapa gemar nak menggoreng atas sebab kesihatan, dan juga atas sebeb pembaziran minyak, namun sebab ketandusan idea, saya terpaksa goreng ikan. Ikan itu saya lumurkan dengan rempah gulai padang itu sedikit, sebelum ditambahkan dengan kunyit serbuk dan garam. Sedap juga rasa rempahnya.

Di bawah ini saya lampirkan resepi Gulai Ayam Padang untuk 4 orang makan:

  • 2 keping whole leg ayam (saya potong kecil)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 3 helai daun salam segar
  • 1 asam keping atau 2 sudu besar jus limau nipis
  • garam dan gula
  • santan dari 1 biji kelapa – sederhana pekat

Rempah blend:

  • 5 bawang merah
  • 3 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit segar
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji buah keras
  • 3 lada merah segar

– Masukkan bahan blend, serai ketuk, sedikit garam dan ayam ke dalam periuk. Jerang dengan api perlahan hingga ayam keluar air dan kecut sedikit.

– Masukkan santan, pastikan api perlahan dan kacau sekali sekala, jangan sampai santan pecah. Bila ayam lembut, masukkan daun salam dan daun kunyit serta asam keping. Rasa, tambahkan garam dan gula. Bila ayam empuk dan kuah pekat, matikan api dan hidangkan dengan nasi panas.

Advertisements

About mumstech
Retired at 40 after working in various industries including banking and financial services, oil and gas as well as higher education.Now a stay-at-home mum, cheerleader for husband and son, cleaner, nutritionist, cook, laundry lady, driver, clerk cum administration assistant, public relations, personal assistant... I never knew that squeaky clean floors can give me such satisfaction!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: