Nasi Arab yang authentic rasanya

Nasi Arab dengan lauk iringannya

Nasi Arab dengan lauk iringannya

Setelah mencuba beberapa resepi Nasi Arab. akhirnya terjumpalah resepi ini di blog Aziekitchen. Setelah beberapa kali mencuba, Alhamdulillah, dapatlah merasa Nasi Arab seperti yang kami biasa makan di Bait-al-Mandy di Riyadh. Rahsianya? Nasi itu perlu diasapkan. Tak susah sebenarnya membuat nasi ini, sebenarnya lebih mudah dari membuat Nasi Ayam dan rasanya, lebih sihat lagi. Terima kasih pada kak Azie dan Mamasya kerana sudi berkongsi resepi. Saya dah buat beberapa perubahan berdasarkan rasa Nasi Mandy di Riyadh, dan jumlah bahan, memandangkan kami di rumah ni, tak ramai orangnya. Resepi dia bawah ini cukup untuk 4 orang, insha Allah.

Bahan-bahan

Beras PusaGold dan Saffron dari Iran

Beras PusaGold dan Saffron dari Iran

  • 2 cawan beras basmathi yang panjang (saya guna PusaGold dari Bernas, memang panjang berasnya) – rendam 10 minit dan toskan.
  • 4 keping ayam (kami guna whole leg, sebab semua suka bahagian peha. Tapi kalau guna “spring chicken” yang beratnya dalam 1kg tu lebih sedap agaknya sebab di Saudi kadang-kadang ayamnya ada yang 800 gm saja.)
  • Air (bergantung pada beras, kalau PusaGold – 2 cawan beras, saya guna 2.5 cawan air)
  • 2 biji bawang holland – 1 hiris nipis (untuk nasi), 1 belah 4 (untuk rebusan ayam)
  • 1 biji tomato segar
  • 2 biji lada hijau, kerat 3 tiap satu.
  • Secubit saffron (sebaik-baiknya dari Spain atau Iran dan harganya agak mahal, tapi gunanya sedikit sahaja sebab rasanya kuat.)
  • 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)

Rempahnya: (di bahagi dua – satu bahagian untuk  nasi, satu bahagian untuk air rebusan ayam)

  • 6 biji buah pelaga
  • 2 helai bay leaves
  • 2 batang kayu manis sebesar separuh jari kelingking
  • 6 bunga cengkih
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil lada hitam (bulat-bulat)

IMG_00000188 IMG_00000191 IMG_00000187

Caranya:

  1. Bersihkan ayam dan potong 2 atau 4 bahagian.
  2. Panaskan air hingga menggelegak, masukkan ayam, bawang besar dibelah 4, tomato dibelah 2 dan separuh rempah, saffron dan garam (saya guna garam kasar,) untuk rasa. Renihkan dengan api perlahan 30 minit. Kalau “spring chicken” mungkin 15 hingga 20 minit dah cukup.
  3. Keluarkan ayam dan toskan. Tapiskan air ayam, ambil air rebusan dan ukur 2 1/4 cawan untuk memasak nasi.Panaskan minyak zaitun dalam periuk nasi. Tumiskan bawang besar hingga perang. Masukkan rempah sebahagian lagi. Kacau hingga sebati. Masukkan air rebusan ayam, beras dan lada hijau. Masak nasi seperti biasa – jangan dikacau, nanti beras patah.
  4. Ambil seketul arang, dan panaskan di atas dapur hingga jadi bara. Letakkan minyak zaitun (dalam 1 sudu besar) dalam mangkuk tahan panas (kalau tak ada, buat bekas dengan gunakan aluminium foil.) Bila air nasi sudah kering, dan arang sudah jadi bara, letakkan mangkuk berisi minyak zaitun dalam periuk nasi.  Dengan hati-hati, letak bara dalam mangkuk minyak zaitun. Tutup periuk nasi rapat-rapat. Biarkan hingga nasi masak, dan sedia untuk dihidangkan. (Masa ini, rumah anda akan berbau seperti restoran nasi mandi… ahhhh nostalgia!)
  5. Ayam tadi di gaulkan dengan minyak zaitun, dan di renjis dengan lebihan air rebusan. Sapu loyang pembakar dengan sedikit minyak zaitun juga. Bakar dalam oven 180 darjah celcius hingga kelihatan rangup.

Hidangan sampingan:

Kuah Tomato:

  • 1/2 kotak cherry tomatoes merah
  • 5 batang cili api merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang lada hijau
  • just perahan 1 biji limau nipis
  • garam dan sedikit gula (jika tomato masam dan tawar, jika manis tak payah tambah gula.)

blend semua bahan hingga menjadi sos, tak payah tambah air. Hiris daun ketumbar halus (ikut suka banyak mana…, saya guna 8 batang daun) gaulkan dengan kuah dan rasa. Adjust garam, gula dan air limau nipis jika perlu. Jangan manis pula. Rasanya, pedas, masam, masin dan sedikit manis dari tomato.

Salad Timun dengan Yoghurt:

  • 2 bekas kecil yoghurt natural – letak dalam tapis dan biar airnya menitik, sementara potong timun
  • sebatang timun, kupas kulit dan dipotong dadu
  • 1/2 bawang besar, potong dadu
  • 1/2 tomato (kalau mahu,) potong dadu
  • Sedikit daun pudina segar, hiris nipis
  • garam dan serbuk lada hitam di tumbuk fresh.

– Campurkan semua bahan diatas.

Lain-lain bahan sampingan:

  • bawang besar dihiris, lemon dihiris,
  • lada hijau bulat-bulat
  • dan kalau ada – daun arugula atau rocket (di Saudi namanya Jarjeer,) kalau tak ada, daun salad biasapun ok.

Lepas makan – minum pula Teh Arab dengan pudina…. ahhh… kata orang sini.. Nyaman 🙂

IMG_00000195   IMG_00000194

Advertisements

About mumstech
Retired at 40 after working in various industries including banking and financial services, oil and gas as well as higher education.Now a stay-at-home mum, cheerleader for husband and son, cleaner, nutritionist, cook, laundry lady, driver, clerk cum administration assistant, public relations, personal assistant... I never knew that squeaky clean floors can give me such satisfaction!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: