Menu hari ini

IMG_00000180

  • Ikan bakar dengan kuah asam
  • Gulai pucuk ubi dengan tempoyak
  • Pucuk manis tumis telur (lauk favorite buat masa ni)
  • Ikan sepat goreng togel

Mungkin sebab cuaca hujan, jadi nostalgia pula untuk memasak lauk-lauk khazanah macam ni. Anak memang tak makan durian, tapi, kalau kuah masak tempoyak, laju pula makannya. Alhamdulillah, memang seronok tengok kerenah anak yang dah menjangkau remaja ni.

Sebab nak cepat, baju belum bergosok lagi, saya paparkan resepi Gulai pucuk ubi tempoyak ini bagi sesiapa yang ingin mencuba:

IMG_00000175 IMG_00000176 IMG_00000177

Bahan:

  • Secekak pucuk ubi – direbus sebentar, bila lembut, keluarkan dan rendam dalam air sejuk. Toskan dan potong sederhana besar
  • Segenggam ikan bilis siap disiang
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • sehelai daun kunyit di mayang
  • Blend halus 3 batang lada merah, 3 biji cili api, 1 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 cawan santan segar

Cara:

– Masukkan bahan blend kedalam periuk dengan setengah cawan air. Renihkan sebentar.

– Masukkan serai, ikan bilis dan tempoyak kacau rata dan biarkan dalam 5 minit. Campurkan santan. Kacau hingga mendidih, perlahankan api.

– Perasakan dengan garam dan sedikit gula (tempoyak ni masam, jadi kena balancekan dengan gula sedikit. Kalau tak mahu letak, tak apa.) Campurkan pucuk ubi dan renihkan sebentar. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Jika terlalu pekat, tambahkan air dan rasa. Adjust garam dan gula.

– Hidangkan dengan nasi panas.

Advertisements

About mumstech
Retired at 40 after working in various industries including banking and financial services, oil and gas as well as higher education.Now a stay-at-home mum, cheerleader for husband and son, cleaner, nutritionist, cook, laundry lady, driver, clerk cum administration assistant, public relations, personal assistant... I never knew that squeaky clean floors can give me such satisfaction!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: